Ahad, 6 September 2009

Wakafkan Ilmu untuk Sahabatmu

Selamat melangkah ke gerbang Wakaf Ilmu, sebuah laman untuk anda berkongsi ilmu dan mengimfakkannya kepada rakan-rakan seperjuangan dalam usaha memantapkan penguasaan ilmu bahasa Melayu kontemporari di dada kita, para pendidik anak bangsa. Nama 'wakaf' saya pilih kerana 'wakaf' dalam dialek Kelantan merupakan tempat berhenti lelah seketika sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi tertentu. Di wakaf, musafir berehat, membasahkan tekak/mengalas perut, solat, atau tidur seketika menghilangkan lelah dalam kelana hidup yang panjang. Justeru perhentian anda di wakaf ini amat dialu-alukan untuk sama-sama meneguk pengalaman dan mengunyah ilmu yang telah kita raih bersama di kelas bahasa Melayu kontemporari yang sudah lebih semusim kita lewati.Hulurkan secangkir ilmu anda untuk kita nikmati manisnya bersama...